Selamat Datang ke Program Score-A iTeacher

Adakah anak-anak anda merasa bosan dan tak berminat untuk belajar?

Adakah anda ingin anak-anak anda mendapat “straight A’s” dalam peperiksaan?

Ketahuilah Wahai Ibubapa …. syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, iaitu kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.

Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami.  Kami telah mengambil masa  lebih daripada 10 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan A.

Score A Programme™ Boleh Membantu Anak Anda Mencapai Kecemerlangan Pelajaran …

Score A Programme™  diwujudkan untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh ibubapa dan pelajar seperti:-

Sikap Para Pelajar:-

  • Merasa beban dan bosan untuk belajar cara konvensional yang hanya menggunakan buku sebagai medium menuntut ilmu;
  • Tiada motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang;
  • Tiada minat untuk membaca buku dan membuat buku latihan;
  • Selalu menghabiskan masa di depan komputer dengan chatting, bermain game dan melawat laman-laman web yang tidak berfaedah; juga
  • Tidak mendapat perhatian ibu bapa yang sibuk bekerja.

Masalah Ibu bapa:-

  • Tidak dapat menilai pencapaian akademik anak anda;
  • Tidak dapat memberi perhatian kepada kerja rumah dan ulangkaji anak anda;
  • Tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan anak;
  • Anak hanya membawa balik kad laporan 2 kali setahun;
  • Kurang pasti akan persediaan peperiksaan anak anda;
  • Anak anda menghadapi tekanan/ takut peperiksaan justeru hilang minat untuk belajar;
  • Membelanjakan wang yang banyak tetapi anak masih gagal memperolehi keputusan diharapkan; juga
  • Kekurangan interaksi ibubapa dengan anak-anak.

Score A Programme™ merupakan pakej portal pembelajaran secara online yang boleh melatih anak anda teknik pembelajaran output secara berkesan dan cepat.

Ia adalah satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Score A Programme™ ialah program Webucation (gabungan website dan education) yang pertama di Malaysia.

Melalui Score A Programme™ (SAP), anak anda akan lebih bersedia untuk menghadapi apa juga ujian bulanan, peperiksaan tahunan mahupun peperiksaan-peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM seterusnya mencapai keputusan yang lebih cemerlang.

Dengan sistem pembelajaran online Score A Programme™ ini, banyak faedah yang akan anda dan anak-anak anda peroleh, antaranya:

Sistem eTopic™

  • Pemilihan pelbagai topik mengikut sukatan sebenar sekolah berdasarkan silibus Kementerian Pelajaran Malaysia terkini.
  • Anak-anak anda akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam dan menyeluruh sebaik sahaja mempelajari sesuatu bab melalui kaedah pembelajaran output learning™ dengan menjawab soalan-soalan dalam eTopic™ ini.
  • Sistem eTopic™ telah menetapkan markah lulus 80% iaitu gred A. Ini boleh meningkatkan lagi semangat usaha dan bekerja keras anak anda untuk target A dalam setiap matapelajaran.

Sistem eAssessment™

  • Penekanan pembelajaran output di mana ia boleh menguatkan daya pemahaman dan membantu anak anda menghadapi peperiksaan sebenar dalam bilik darjah.
  • Konsep seperti bermain game di mana terdapat sistem ranking dari segi tahap kesukaran soalan. Pelajar perlu lulus tahap pertama untuk ke tahap setersunya. Ini mewujudkan satu suasana pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan kepada anak anda.

Sistem eTrial Exam™

  • Semakan adalah serta-merta sejurus pelajar menyiapkan soalan.
  • Selain itu sistem pemeriksaan serta-merta ini turut akan mengeluarkan kata-kata motivasi seperti “Please Try Again” jika jawapan diberi salah. Ini akan meningkatkan semangat anak anda untuk terus menjawab soalan.
  • Anak anda akan seronok menjawab soalan-soalan dan tidak akan boring.

  • eTrial Exam™ ini akan dianjurkan oleh pihak Score A serentak di seluruh negara di mana para pelajar lain yang menggunakan Score A ini turut akan melakukan ujian ini secara serentak.
  • Membantu anak anda bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi sebenar Peperiksaan Percubaan nanti.
  • Meningkatkan tahap keyakinan anak anda untuk menghadapi peperiksaan-pepriksaan utama seperti UPSR, PMR atau SPM.

  • Setiap set soalan dilengkapi dengan sistem Coutdown Timer™ di mana anak anda akan hanya diperuntukkan tempoh-tempoh masa tertentu untuk menjawab soalan mengikut standard masa dalam peperiksaan sebenar.
  • Ianya seperti seolah-olah anak anda sedang menjawab soalan di dewan peperiksaan sebenar.
  • Melatih anda anda mengurus masa dalam menjawab soalan dengan lebih efisyen. Pengurusan masa adalah salah-satu elemen kritikal dalam menghadapi peperiksaan sebenar UPSR, PMR dan SPM.

Past Year Examination Paper

  • Berpuluh-puluh set soalan tahun-tahun lepas UPSR dan PMR yang disediakan khusus untuk anak anda. Ini untuk mereka lebih bersedia dan boleh menyesuaikan diri dengan corak dan bentuk soalan sebenar peperiksaan.
  • Score A adalah satu-satunya sistem e-learning yang mendapat kelulusan daripada pihak Lembaga Peperiksaaan Malaysia untuk menerbitkan secara online soalan tahun-tahun lepas bermula dari 1993 hingga yang terkini untuk UPSR dan PMR.

Kemudahan eNotes

  • Disediakan oleh guru-guru sebenar mata pelajaran di sekolah-sekolah terpilih.
  • Membantu pelajar untuk meningkatkan tahap pemahaman dan penguasaan bab-bab melalui kaedah mind-mapping atau peta minda.
  • Memudahkan pelajar untuk menghafal dan mengulangkaji pelajaran dengan lebih cepat dan efektif.

Kemudahan eDictionary

  • Memberi definisi dan penerangan lengkap dan ringkas serta padat istilah-istilah dalam Bahasa Inggeris untuk matapelajaran Sains dan Matematik kepada anak anda.
  • Lebih menjimatkan masa tak perlu buka kamus cari satu-persatu patah perkataan. Hanya scroll kan mouse dan highlight perkataan tersebut, akan keluar satu pop-up window kecil memberi penerangan istilah.

eReport Card

  • Memudahkan anda memeriksa prestasi akademik anak anda
  • Mendapat tahu perkembangan anak anda pada bila-bila masa setiap kali anak anda menjawab soalan-soalan Score A Programme™.
  • Membolehkan ibubapa memberi bantuan serta-merta. Jika sekadar mengharapkan report card daripada sekolah sahaja yang mana pada masa itu semuanya sudah terlambat. Nanti bila time Hari Penyerahan Report Card, silap-silap anda juga yang malu kerana prestasi anak anda yang kurang memberansangkan.

Kemudahan SMS

  • Inilah sistem tercanggih yang tidak akan anda perolehi dari mana-mana sistem pembelajaran. (Di kelas tuisyen pun tak ada ni).
  • Anda boleh set kan sistem Score A untuk menghantar sebarang laporan penyemakan set soalan yang anak anda buat. Laporan akan dihantar melalui SMS.
  • Anda boleh memantau dan mengetahui samada adakah anak anda benar-benar membuat ulangkaji pelajaran atau melayari internet atau bermain game ketika anda sibuk tidak ada di rumah.

Senarai Penganugerahan Murid 100 Terbaik di Malaysia

Senarai Top Scorer

  • Anda akan mengetahui di manakah kedudukan dan tahap prestasi sebenar anak anda berbading para pelajar lain di seluruh Malaysia yang turut menggunakan Score A Programme™.
  • Ini mampu menaikkan lagi motivasi anak anda untuk bersaing secara sihat bagi mencapai dan tersenarai dalam kedudukan 100 Terbaik.

Sistem eProgress

  • Ciri-ciri ini membantu anda memantau prestasi anak-anak anda dengan lebih efektif dan efiesyen di mana anda akan diberitahu apakah latihan-latihan dan berapakah bilangan percubaan yang anak anda telah lakukan.
  • Ia akan mengemaskini carta secara real-time apakah topik-topik yang anak anda mencuba banyak kali dan perlukan lebih fokus.
  • Anda boleh jimatkan masa anda dan anak anda untuk hanya fokuskan lebih kepada bab-bab yang sukar bagi anak anda di saat-saat akhir menjelang peperiksaan seterusnya memastikan A dalam genggaman tangan anak anda!

Keterangan Silibus

  • Meliputi 100% sukatan mata pelajaran dan silibus TERKINI Kementerian Pendidikan Malaysia
  • Mengandungi lebih 250,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini
  • Digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan penggubal kertas soalan.

Sekolah Rendah (Tahun 1-6)

  • Bahasa Melayu (Pemahaman)
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
  • Sains (Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina)
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil

Sekolah Menengah (Tingkatan 1-3)

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik (Bahasa Inggeris)
  • Sains (Bahasa Inggeris)
  • Bahasa Cina
  • Sejarah
  • Geografi

Tingkatan 4 dan 5

  • Aliran Sastera Tingkatan 4 dan 5
  • English
  • Mathematics
  • Pendidikan Agama Islam
  • Sejarah
  • Science
  • Perdagangan
  • Prinsip Akaun
  • Ekonomi Asas

Aliran Sains Tingkatan 4 dan 5

  • English
  • Mathematics
  • Additional Mathematics
  • Pendidikan Agama Islam
  • Sejarah
  • Physics
  • Chemistry
  • Biology

Masih Tak Yakin Dengan Program Score A? … Saya Tunjukkan Sebahagian Bukti Keberkesanan Score A …

Berikut merupakan beberapa penghargaan yang diberi oleh pihak sekolah di Malaysia. Mereka ini telah menggunakan sendiri sistem pembelajaran Socre A untuk para pelajar mereka …

(Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor yang berjaya memperoleh 90% daripada semua pelajar PMR nya straight A’s selama 5 tahun berturut-turut!)

(Berpuluh-puluh surat penghargaan dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia yang menggunakan Score A Programme™)

(Upacara Majlis Pelancaran Portal Pendidikan Score A ini telah dirasmikan oleh Mantan Menteri Pendidikan kita YB Dato Sri Hishammudin bin Tun Hussein di Johor pada 3 Mac 2006)

Mendapat Liputan Daripada Pihak Media ..…

Jom Cuba Sistem Score A Secara PERCUMA Demo Version…

Klik butang Online Demo berikut dan masukkan Login ID: 82828

Apa Kata Pelajar Yang Pernah Menggunakan Score A …

Adik Kok Chin Chung merupakan salah-seorang pelajar di SMK Katholik, PJ, Selangor adalah seorang pelajar yang lemah dalam pelajaran suatu ketika dahulu.

Anda boleh lihat sejak tingkatan 1 dan 2, banyak subjek yang beliau gagal dalam pelajaran.

Tetapi pada tingkatan 3, selepas beliau menggunakan Score A Programme™, beliau berjaya mendapat Nombor 1 dalam kelas beliau!

Berikut pula bukti pencapaian adik Kok dalam PMR …

Macam mana?? Jika anda berminat untuk melanggan atau ingin mendapat penerangan lanjut tentang Program Score-A, sila SMS nama anda ke 013-9399071 (Zawawi).

Comments are closed.